Gajetdijepun-Ayumiten Photo Contest 2012 : Ceria

Gajetdijepun dengan kerjasama ayumiten mengadakan pertandingan fotografi di mana tajuknya begitu mudah dan senang, iaitu
CERIA
Begitu luas maksudnya, kalau tak faham boleh rujuk kamus dewan! Hadiahnya? A. Kategori Like 100% (Pemenang dipilih mengikut jumlah like terbanyak)
  1. Wang tunai RM100 + Diskaun RM50 barangan ayumiten/gajetdijepun + Sesi fotografi 1 jam bernilai lebih RM300
  2. Wang tunai RM50 + Diskaun RM50 barangan ayumiten/gajetdijepun + Sesi fotografi 1 jam bernilai lebih RM300
  3. Diskaun RM50 barangan ayumiten/gajetdijepun + Sesi fotografi 1 jam bernilai lebih RM300
B. Kategori khas juri (Pemenang dipilih mengikut kreativiti gambar tanpa berdasarkan jumlah like)
  1. Diskaun RM50 barangan ayumiten/gajetdijepun + Sesi fotografi 1 jam bernilai lebih RM300
Terma & Syarat
  1. Pemenang dikira melalui sistem like 100% untuk  kategori A. Jika anda TIDAK bersetuju dengan syarat ini, anda tidak boleh menyertai pertandingan ini.
  2. Gambar mestilah asli dan tidak diedit dengan ketara .
  3. Anda bebas menggunakan apa jua jenis kamera. Telefon bimbit atau sebagainya tetapi gambar adalah hakcipta peserta sendiri.
  4. Penyertaan yang tidak berkaitan tema akan ditolak.
  5. Seorang peserta hanya boleh menghantar 1 gambar sahaja.
  6. Gambar yang mengandungi unsur politik atau unsur sensitiviti rakyat malaysia akan ditolak.
  7. Gambar dewasa yang tidak menutup aurat atau seksi juga akan ditolak.
  8. Ayumiten/gajetdijepun boleh menolak mana-mana penyertaan yang dirasakan tidak sesuai.
  9. Keputusan adalah muktamad. Sebarang bodekan tidak dilayan!
  10. Ayumiten/gajetdijepun berhak untuk mengubah atau menambah syarat-syarat ketika pertandingan masih berlangsung.
Cara Penyertaan
  1. Hantar gambar anda berformatkan .jpg atau .jpeg dan tukar nama gambar kepada nama anda
  2. Contoh : IMG2010.jpg kepada nama_anda.jpg, ahmad_kasim.jpg, ahmad_albab.jpg.
  3. Email ke gajetdijepun[at]gmail.com (gantikan [at] kepada @)
  4. Sila ikut format. GDJ wajar menolak penyertaan yang tidak mengikuti format.Tunggu gambar anda dimasukkan dalam album facebook ayumiten
  5. Ajak rakan like gambar anda secara sukarela, jangan paksa ye!
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 hb Oktober 2012.
  7. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu selepas tarikh tutup.
Tajuk email : Gajetdijepun-Ayumiten Photo Contest 2012 : Ceria
Nama Peserta :
Link Facebook Peserta :

Jika ada pertanyaan sila komen di bawah atau hubungi http://www.facebook.com/ayumiten1

Related product you might see:

Share this product :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. 愛結美店 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger