Servis Terjemahan Bahasa Jepun

Ayumiten menyediakan perkhidmatan berikut

1. Terjemahan web berbahasa Jepun
2. Terjemahan urusan surat menyurat dalam bahasa Jepun
3. Penterjemah / pemandu pelancong untuk ke Jepun


1. Terjemahan web berbahasa Jepun

a. Jika anda ingin membeli barangan dari Jepun tetapi tidak memahami perkataan, ayumiten sedia menterjemah untuk anda.
b. Harga adalah bergantung pada bilangan muka surat web tersebut atau bilangan patah perkataan tidak melebihi 500 iaitu sebanyak RM10 sahaja.  1 mukasurat dikira sebagai 1 link.

2. Terjemahan urusan surat menyurat atau email dalam bahasa Jepun

a. Jika anda mempunyai urusan terutamanya dalam proses bisnes antara orang Jepun adalah lebih senang menggunakan Bahasa Jepun. Hanya sebilangan kecil tahu berbahasa Inggeris tetapi disyorkan untuk mengelak urusan dalam bahasa Inggeris. Nanti jadi macam google translate. Banyak yang salah faham nanti :)
b. Harga adalah mengikut jenis urusan, sila emailkan pertanyaan

3. Penterjemah / pemandu pelancong untuk ke Jepun

a. Perkara yang perlu dititik berat untuk melancong ke Jepun

i. Bahasa - Jepun , kalau boleh semua benda dijepunkan hatta bahasa ingeris pun. Boleh dikatakan disana sukar untuk berjumpa orang jepun yang boleh berbahasa inggeris apatah lagi berbahasa melayu. Tulisan pula terbahagi kepada 3 iaitu kanji, hiragana dan katakana. Yang susah dibaca ialah 漢字(kanji ) iaitu tulisan yang diadaptasi dari bahasa cina. Walaupun tulisan sama tetapi bacaannya lain. Sebagai contoh (神戸)ini boleh dibaca sebagai kobe, kanbe, atau kondo. Dan ketiga-tiga ini nama tempat dan lokasi yang lain. Begitu juga dengan bunyi yang sama tetapi maksud berlainan. Sebagai contoh terdekat kanji juga bermaksud 漢字(tulisan), 感じ (perasaan) atau 観じ (pemandangan yang sama)

ii. Makanan - Bila bahasa tidak tahu ada masalah lain iaitu makanan bagi yang Islam. Kalau nak cari makanan yang diyakini halal itu susah jikalau tidak faham istilah jepun.

iii. Urusan perjalanan - Pengangkutan awam di Jepun ni bukan seperti malaysia. Kalau naik LRT tukar di KL sentral pun dah pening apatah lagi di jepun. Cuba lihat di KL sahaja. Berselirat otak nak faham kan?




Ok ini peta di tokyo sahaja. Belum masuk bandar besar lain seperti osaka, kyoto dan sebagainya. Bagaimana? Jangan tersimpul pula otak anda :)


Bila tidak faham tulisan kanji hendak menghala ke mana pun tidak kerana setengah stesen tu ada 10 arah. Dan banyak lagi masalah kalau tanpa pengetahuan.

Dan jangan lupa, anda bermain dengan masa! jangan lewat walaupun seminit. Keretapi di sana bergerak tepat pada masanya. Jangan terkejut pula jikalau saya katakan bas juga tepat masanya.


Dan banyak lagi masalah jika anda bergerak disana tanpa pengalaman! Masalah solat, tempat tinggal, pengurusan waktu dan sebagainya perlu diambilkira.

b. Bayaran

i. Kos penerbangan pergi dan balik dari KLIA/LCCT, penginapan, tiket masuk (jika ada) dan makan minum ( pagi, tengahari, petang) ditanggung oleh pelanggan.
ii. Upah sehari bersamaan RM480/kumpulan sahaja. Masa dikira dari hari mendarat di Jepun sehingga berlepas dari jepun. Kumpulan terdiri dari 1 sehingga 4 orang. Maknanya jika anda terdiri dari 4 orang, anda hanya perlu membayar RM120 untuk sehari setiap seorang! Jika melebihi 4 orang, setiap tambahan peserta perlu ditambah RM100/hari.  Harga ini sudah cukup murah untuk membayar pengalaman 5 tahun saya berada dan memahami budaya jepun. Apatah lagi jika dibandingkan kos hidup di Jepun, itu hanya gaji separuh hari sahaja untuk pencuci pingan mangkuk!
iii. Bayaran harian perlu dilaksanakan sebelum berangkat ke Jepun. Untuk kos penginapan, makanan dan tiket, bayaran akan dminta pada masa ia perlu digunakan.


c. Makluman

i. Kos hidup di Jepun adalah sangat tinggi. Jika anda bajet rendah, ia bukan tempat sesuai untuk anda.
ii. Untuk mendapatkan visa pelancong anda perlu membuktikan kepada pihak kedutaan jepun anda mempunya baki akaun yang tinggi didalam akaun (kebiasaannya dalam RM10, 000 dan ke atas), disamping perlu menyediakan plan perjalanan.


Related product you might see:

Share this product :

+ comments + 3 comments

August 20, 2015 at 6:01 PM

Kalau saya perlukan khidmat ayumiten untuk terjemahkan beberapa dokumen daripada bahasa jepun kepada bahasa Inggeris berapakah harga yang dikenakan untuk satu muka surat.??
boleh e-mail saya di suriana@sei-wintec.com

Thanks.

October 22, 2015 at 8:56 AM

Saya memerlukan terjemahan bahasa jepun ke bahasa melayu untuk drama bersiri jepun..pls reply ke email voxwork@yahoo.com

November 2, 2015 at 5:13 PM

Salam. Sy memerlukan penterjemah bahasa jepun to english untuk event kami pada minggu ni selama empat hari. tlg email sy di suhaini@rhythmproductions.com.my. hotel 4 star, makan minum dan payment akan diberi.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. 愛結美店 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger